Search This Blog

Tuesday, October 19, 2010

BERITA HARI INI

JawiMedHerb
Link to JawiMedHerb


Nikmat yang perlu disykuri.

Posted: 14 Oct 2010 07:56 AM PDT
Bercita cita tinggi tidak salah didalam Islam terutamanya dalam hal hal keugamaan. "Mintalah syurga firdaus,iaitu syurga yang tertinggi"Ini memberi makna bahawa doa itu juga boleh mempengaruhi amalan.Dalam ertikata yang lain mudah mudahan amalannya selari dengan doa dan harapan.Namun bagitu jika ini dibawa dalam kontek kehidupan dunia,melihat orang yang di atas boleh menjadikan kita lupa bersyukur dengan nikmat yang sedang kita miliki.
Apabila nikmat itu hilang barulah kita ketahui selama ini kita termasuk dalam kumpulan yang tidak tahu bersyukur.Apapun situasi kita pada hari ini sebenarnya merupakan nikmat yang perlu direnungi.

Jangan lakukan kesalahan

Posted: 14 Oct 2010 05:32 AM PDT
Pesakit kencing manis yang luka jangan sekali kali di tuam dengan sesuatu yang panas kerana daging akan menjadi mati dan terus gangren .Ini mengakibatkan jari atau kaki akan dipotong.Kadang kadang oleh kerana kaki tidak dapat merasa atau kebas ,pesakit terkena seterika yg panas .Akibatnya seluruh kaki akan menjadi gangren dan terpaksa dipotong.

Bila berlaku hal ini,tindakan awal ialah membuang nanah setiap hari dan membasuhnya dengan air garam.Namun bagitu kaedah yang paling efektif ialah menaburkan serbuk gamat pada luka tersebut sehingga ia kering dan tumbuh daging daging baru disamping mengambil habatul saudak,plantisol dan iner g.

Bagi mendapatkan serbuk gamat,pesakit boleh menghubungi jawi herb shop dengan segera kerana belum ada lagi produk kita yang dipasarkan melalui mlm. Sms ke no 0124059717.


Bukan feng sui.

Posted: 14 Oct 2010 04:29 PM PDT
Mempercayai feng sui termasuk dalam persoalan aqidah apabila aliran udara itu dikaitkan dengan rezeki,ruh naga dan sebagainya. Hari ini orang mula membicarakan pula tentang sains feng sui . Apapun sesuatu dasar kepercayaan yang tidak berdiri diatas dasar tauhid pasti akan menyebabkan tergelincirnya aqidah.

Mukabumi yang diciptakan tuhan tidak sama,berbukit dan juga lembah. Bagitu juga dengan kandungan udara pada sesuatu tempat juga berbeza akibat dari kedudukan tinggi rendah tanah dan tekanan yang berbeza. Kadangkala apabila kita tinggal disuatu tempat dan menyebabkan badan tidak sehat,sewajarnya kita mencari kawasan yang lebih selesa penafasanya.Bagaimana menentukan tempat ini? Cara menentukanya ialah dengan melihat dan merasakan keselesaan tubuh apabila bangun di waktu pagi. Jika oksigen mencukupi,tubuh akan merasa ringan dan cergas,kepala tidak berat dan tidak rasa tekanan pada bahagian otak.

Jika kita bangun tidur dalam keadaan letih dan terasa ingin tidur semula menandakan kerehatan tubuh tidak sempurna di waktu malam.Ini disebabkan oleh kualiti oksigen yang tidak mencukupi.Biasanya keadaan ini juga berlaku di kawasan pergunungan atau daerah yang berbukit bukit.Akibatnya mudah berlaku ketumbuhan terutamanya di kelenjar dan boleh menyebabkan kanser.Jangan percaya pada feng sui tetapi percayalah kepada deria tubuh anda yang mengerti perubahan tempat ini.Rumah- rumah orang Islam sepatutnya jangan sunyi dari bacaan surah Al Baqarah.maksud hadis "bacalah oleh kalian surah al Baqarah,kerana sesungguhnya barangsiapa yang membacanya akan mendapat barakah,dan barangsiapa yang meninggalkanya akan merugi.Dan para tukang sihir tidak boleh menyampaikan maksud jahatnya"(muslim).

Kencing manis

Posted: 16 Oct 2010 05:16 PM PDT
Selalunya kita akan mendapati terdapat persamaan ubatan kencing manis . Herba herbanya adalah terdiri dari herba manis dan herba yang berwarna hitam.Herba yang manis seperti lemba,stevia,tebu gajah,kulit kayu manis,tebu selasih sering digunakan dalam perubatan jawi sementara herba yang berwarna hitam pula seperti habatul saudak,garam hitam,lada hitam,ayam hitam dan lain lain lagi.Apapun perubatan kencing manis bukan satu cara malah perlu mencari kaedah mana yang bersesuaian dengan diri pesakit. Biasanya pesakit lebih suka dalam bentuk kapsul daripada bentuk air sedangkan penyakit kencing manis perlu dirawat secara teliti dan bersungguh sungguh apatah lagi jika berlaku ganggrene.

Saya cadangkan pesakit kencing manis mendapatkan khidmat nasihat yang betul tentang pengubatan herba yang hendak diamalkanya.Berbekam juga boleh menyebabkan luka bertambah teruk jika tidak bersih dan betul caranya.Luka kerana kencing manis akan mengakibatkan keadaan pesakitmenjadi parah. Seperti yang saya terangkan ,luka kencing manis dirawat dengan serbuk gamat sehingga tumbuh isi dari daging daging yang semakin mereput. Minuman herba khas perlu diberikan terutama dalam keadaan kencing manis yang serious.


Bertungku dan radang paru paru.


Posted: 17 Oct 2010 04:43 PM PDT
Terdapat penggunaan besi panas dalam pengubatan Islam. Hadis dari Anas bin Malik menyatakan "aku membiarkan bahagian tubuhku di bakar dengan besi panas untuk mengubati zat al -janb (radang selaput dada)pada saat Rasulillah saw masih hidup.(Bukhari).Dalam pengubatan Jawi, besi panas(tungku ) digunakan terutama pada kes kes wanita lepas bersalin. Namun bagitu ia juga digunakan untuk pelbagai jenis penyakit terutama saraf ditulang belakang dan sakit tumid.Kesemuanya terdapat dalam buku pembetulan tulang belakang yang baru dikeluarkan.Untuk perbincangan lanjut ,sila hazir diprogram KPJ yang diadakan pada 23/10/10 di HPAic

No comments:

Post a Comment